Thursday, Jan. 08, 2009

Hari-hari di kampung

Saya skrg berada di kampung. Menggunakan internet secara dial up akaun adik saya yang hanya berkelajuan 28.8kbps. Sungguh memenatkan menunggu loading time.

Emak dan adik bongsu saya dijangkiti demam chikungunya dan kerana itulah saya berada di sini. Risau jugak takut terkangkit pada saya dan baby sofea tapi tawakkal ajelah. Memang niat nak jaga mak and adik yg sakit ni. Innsyaallah ok. Setiap hari pasang ubat nyamuk, geram sangat kalau ada bintat pada muka sofea.

Saya sangat geram pada diri saya sendiri. Semalam saya telah meletupkan tayar depan kereta suami saya. Tak pasti apa yang saya langgar tapi memang tak sempat nak elak. Akibatnya sejumlah besar RM telah dikeluarkan untuk menukar tayar yang baru itu. Tensen dengan Mitsu kenapa bagi spare tayar yang hanya sebesar tayar kete kancil ku itu.
Suami yang kini berada di perairan Spain memang geram dengan saya, tapi nampaknya dia terpaksa pasrah. Itula org cakap, pakai kete besar, maintenance besar gak.

Rasanya saya akan menghabiskan masa di kampung ini sehingga CNY. Duduk JB pon bukannya buat ape. Layan Sofea, bawak dia jalan2, itu aje.Ada sedikit bosan bila sudah jadi fulltime housewife ni. Lagi terasa bila dah tak ada duit sendiri. Bukannya suami tak bagi duit yg cukup, tapi lain rasanya. Rasanya siapa isteri yg berhenti kerja mesti tau apa yg saya rasa ni.Tapi the best part is saya boleh melihat sendiri perkembangan Sofea, uruskan dia sendiri, feed her , seronok sangat.

Terkejut dgn bunyi gurh yg kuat sangat td. nak off pc. See you next time.



Ann

Selangor

duralie at 9:58 p.m.

previous | next

|