Sunday, Oct. 09, 2005

cerita puasa dan pindah


Dah 5 hari kita semua berpuasa. Dan setakat ni puasa saya masih penuh lagi.:)..hihi..


Saya dah pindah rumah. Sedih sebab terpaksa pindah dari rumah pulai tu. Tapi tak ada pilihan. Kene pindah jugak. So last week kami kemas barang-barang and pindah ke apartment kat jj tu. Kire ok lah duduk situ sebab yng pentingnya dia ada lif. Tak yah pnat-penat nak memanjat anak tangga angkut barang.


Puasa kali ni memang lain skit rasenya. Iyelah. Tahun-tahun sebelum ni masih lagi 'bekerja' di UTm. Pukul 5 dah balik dr lab, terus ke pasar ramadan dengan kawan-kawan serumah. Tapi tahun ni, bila dah bekerja di tempat lain yang jauh sikit, yang kalau nak balik terpaksa menempuh kesesakan lalulintas kat persimpangan perling tu, tak sempat la nak ke pasar ramadan. Nasib baik ada si housemate ni, boleh mintak tolong dia belikan apa-apa yang patut. Tapi semalam saya dah beli barang-barang basah. Manalah tau masing-masing balik keje lewat, tak sempat lak nak ke param, so masak je lah apa yang patut.


Saya ada beebrapa perkara belom settle ni. Macam nak ambik half day cuti esok tapi takut lak nak mintak kt bos sebab tak confirm lagik. Tgk la camne nanti.


Tirek dah ke Kuantan. Ada sedikit kejadian yang berlaku mase dia nak pindah hari tu. Tapi berkat kesabaran, semuanya dah setel. Dah dapat lagi rumah sewa yang paling murah dr orang lain kat sane. Kak..ko memang kene carik 'teman' rumah cepat-cepat sikit. Hehe..


Our friend, Ecak, ada masalah sikit. Dia try nak carik keje area JB ni.. Sesape yang tmpt die nak pakai orang, maybe bahagian polymer or moulding, boleh bgtau kat saya ye.


Ape lagi nak cite ye.. Hari ni tak boleh buat eksperimen sebab gas GC dah habis. Entah bile si Nathan ni Nak anta tah. Terenjak schedule saya dua minggu ni. Nxt week bos besar nak tengok sume result yang ada. Kejap lagi nak print out apa yang patut.


OKlah. Sampai di sini sahaja.

Lain kali sambung lagi.

Bye.

duralie at 11:10 a.m.

previous | next

|