Sunday, Sept. 11, 2005
hari minggu..
Perut ku sudah lapar..heheh.
Tadi ade discussion sikit dgn supervisor. Dah nampak sikit apa yang saya patut buat. Saya dah pendekkan senarai catalyst untuk di characterize. Sebab rasenya kalau banyak sgt characterization, saya ni lebih kepada chemist..tak nakkk..Banyakkan pada eksperimen dan penggunaan data yang dah dapat. Hmm..rase lega sikit..(10%).
Mr J dtg menjenguk lab. Dia bgtau smlm jumpa big bos (BB) kt kl. Dia nak mintak quit tapi BB tak bg. BB mintak die continue, buat projek ni slow-slow. Asalkan siap. Saya mmg berazam nak habiskan. Susah macammana pon saya akan cuba. Dah terlalu banyak air mata yang tumpah, tapi sampai skrg saya masih bertahan. Dan saya harap saya akan terus bertahan sampai lah title tu dpt saya pegang. Amin.
BUlan 10 ni rumah pulai ku kembali kosong. Tapi dr cerita MAizon, ada 3 orang baru nak masuk. Tak kisah la. Janji ada orang yang sudi berkongsi membayar sewa rumah ni. Nak pindah randah ni mmg tak larat. Lagipon saya tak plan nak pindah dalam tahun ni and tahun depan. So kengkawan yang nak dtg JB kang, boleh la menjenguk rumah saya ni sebab bilik besar yg skrg ni tirek duduk akan menjadi milikku..heheh.
Esok hari Isnin dan seperti biasa terasa malas nak pg keje. Kalau dulu malas nak pg kelas. Kenapalah perangai ni tak berubah2..
Okeylah..cau cin cau.
# Tengah tunggu kot-kot la ada undangan kad wangi-wangi ke utara hujung tahun ni...ade ke tak ha??>>
duralie at 3:12 p.m.
|