Friday, May. 20, 2005

MInggu samar-samar


Good day everybody..

Tak tau la nak kata minggu ni best ke tidak. dalam kemalasan tu, gagahkan diri juga ke Melaka. Tapi rasa frust sebab sebesar-besar dewan kuliah tu cuma 5 orang aje yang datang. Mana semua anak muridku yang seramai 70 orang lagi tu. Rase bole je nak bagi soalan bocor pada mereka ber5 ni, tapi taknak la nampak ketara sangat. Lepas bagi hint apa yang patut, kelas pon habis. Lega sikit hati saya bila kelas malam ramai sikit yang datang.


Apa-apapon pengalaman pertama jadi cikgu ni memang best. Walaupon saya ni bukannya tergolong dalam cikgu favourite, tapi saya dah cuba beri setakat yang saya mampu. Sedikit sedih bila nak tinggalkan mereka. Lagi terharu bila dah habis kelas student perempuan salam cium tangan saya dan ucap selamat hari guru. Alahai..jangan buat camni..nanti saya nangis!!


Pagi Selasa saya dapat panggilan telefon. Memang saya nanti-nantikannya walaupon tak tau dari siapa. Siapa lagi kalau bukan dari kilang untuk diinterview. Hari Khamis pergilah saya pada waktu pagi meredah kesesakan lalulintas di PGudang. Interview tu ok. SUme soalan yang dijangka keluar. Sekarang kalau ada rezeki dapat lah.Kalau tak kita cuba tempat lain lak.


Lagi satu saya dapat phone intv dr Shell.Memang hampeh. Memalukan diri sendiri aje. Sebab saya langsung tak bersedia waktu itu sebab tak tau pon yang sesi tu akan berlangsung. Rupa-rupanya die beritahu by email and email tu sampai lambat. So saya tak tau. Dah la saya kepenatan drive ke PGudang waktu tu. Tak nak ingat lagi.


Semalam gak Cik Tirek kehilangan beg duit sebab terciir somewhere in S.Puteri. Leceh la buat repot polis ni. Sempat lagi tu nak mark up harga bayaran repot yg RM2 tu jadi RM 10. Teringat saya apalak gunanya 127 (kalau tak silap saya) cadangan yang diberikan oleh suruhanjaya kepolisan ini untuk memerangi gejala rasuah terutamanya dikalangan anggotanya. Tindakan segera harus diambil. Bayangkan kalau satu repot dia dapat RM8, kalau 10 repot?..huh..senang je nak makan lebih kan...Berenti pasal tu.


Lepas buat repot polis kami ke Taman Daya nak buat lesen baru. Saya pon sekali terus buat barukan lesen yang akan tamat tempohnya minggu depan. Urusan di kaunter JPJ besar ni semakin cekap. Bagus la kalau macam tu. Tak de la fenomena sambil layan pelanggan kat depan, dia sibuk tanya kat member sebelah cite ape malam tadi. Tu yang jadi lambat.


Apalagi nak cite. Ha..saya terlepas peluang nak tgk starwars free semalam. Si tuty ni bukannya nak bgtau yang dia dapat tiket free. Kalau tak bole pg tgk walaupon kepenatan yg amat sangat semalam. Bukannya ape bosan sebab buah hati pg KL. Maybe hari ni baru balik.


Rasenya itu jelah kot berita untuk minggu ini. Last but not least, doakan saya dapat keje ye. Luv u all.Bye.

duralie at 12:37 p.m.

previous | next

|