Thursday, Apr. 07, 2005
Melaka-KL-Nilai-Melaka-JB
Seronok ke Nilai 3 semalam. Hehe. Mula-mula pg dulu masa dia baru je nak bukak. Kedai pon tak berapa banyak sangat. Sekarang ni dah best. Macam-macam ada. Maybe yang tak de lagi KFC, McD or Pizza hut je kot. Siap ade 'Textile walk' lagi gitu. Syukur sebab saya tak keluarkan duit lagi, kalau tak, tak tau berapa banyak duit yang habis. Sunet..patutla ko 'gile' dulu mase pg nilai 3. Heheh..
Cik Tirek lak membeli kerusi yuyi, pasu bunga n kain baju. Perabut jati die kat situ memang murah la. Dah berangan dah nanti nak decorate rumah camne. Sume dalam kepala aje.
Sebenarnya saya n Tirek ke KL hari isnin lepas. Temankan dia ade interview keje.
Sempat jumpa mashida di The MInes. Sempat jugak dia tunjukkan jalan ke Jalan Cendera tu. Rupa-rupanya cik Ana Tan pon dapat interview tu gak. Sebelum sampai ke tmpt tu pagi selasa , paham-paham je lah apa yang terpaksa ditempuhi. Lautan kereta kat jalanraya. KL..biasalah tu.
Best gak pusing-pusing kat KL mencarik jalan ke Puduraya sebab Si Tan Ana nak terus balik Ipoh. Tan kite jumpe mase korang konvo nanti ye.
Apa lagi nak cite...esok Johor cuti. Rase macam nak jenjalan. Tapi banyak la keje pulak. tengok la camne kang.
duralie at 3:52 p.m.
|