Friday, Mar. 04, 2005

Cebisan memori ..IBU..


Lama sudah menyepikan diri. Bukan disengajakan. Malahan tak berniat untuk menyepi.


Masa bergerak terlalu pantas. Kekadang tanpa disedari ia dah berlalu. Dan kadang kala baru kita menyedari bahawa masa itu telah pon pergi. Walau meraung hati minta masa itu dikembalikan, ia akan tetap pergi. Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan yang pastinya terpahat dalam ingatan. Dan yang tinggal juga apakah usaha kita untuk memastikan kenangan dan ingatan itu akan tetap berpanjangan.


Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya. Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak bagi kata semangat. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang tolong menyudahkan kerja-kerja saya di JB semasa ketiadaan saya.


Sungguhpon begitu, saya seakan-akan masih ternampak kelibat die di mata saya. Terdengar-dengar suara die di telinga saya. Dia akan tetap saya ingat. Dia kakak yang paling rapat dengan saya. Itu dah pasti.


Alia dan Hakimi akan kami sekeluarga jaga dengan baik. Tangis siapa tak tertumpah bila lihat si kecil Hakimi membawa seplastik permainan spiderman untuk ditunjukkan pada ibunya ketika diajak menziarahi kubur. Hati siapa tak meraung bila lihat Alia sudah mula belajar nak menyapu rumah dan melipat kain. Mereka berdua adalah amanah untuk kami. Kami akan jaga mereka sebaik-baiknya. Innsyaallah.


Takdir tuhan tak siapa mampu menghalang. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi...Amin.

duralie at 10:15 p.m.

previous | next

|