Friday, Dec. 31, 2004
2004...akan pergi
Menyingkap aktiviti sepanjang 2004..huh..banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang 366 hari ni.Sebanyak 8784 jam waktu yang hampir terluang..( sebab sekarang ni baru kol 4 lebih, lom masuk lagi tahun baru).Terpikir sejenak saya apa yang telah saya kerahkan sepanjang waktu itu.Progress master macam tu jugak.Cuma tahun ni banyak menangis sebab master.Bukan macam tahun-tahun lain, menangis sebab lain..hehe..Elok lah kan.
Tahun 2004 gak ramai member yang sudah berumahtangga, yang jadi ibu dan bapa, yang menanti masa untuk disatukan.Ada juga yang sudah bertemu kasih lain, ade jugak yang menangis kekecewaan dan tak kurang jugak yang still solo.Pendek kata semuanya sudah berpikir soal masa depan.Yelahkan..belajar masing-masing dah habis (kecuali saya!!).Keje dah ada, nak plan ape lagi kan.Semoga kasih kalian semua berkekalan and jgn lupe kengkawan ye.
Tahun ni gak saya dipertemukan dengan Shah.Tengkiu Senget.Tak pernah teringin nak kenal 'adik' ko yang sorang ni selama kat UTM ni, tapi dah takdir.Patutla aku asyik putus 'skandal' dengan orang lain aje and still ade kat UTm, rupanya nak jumpe adik ko ni.Heheh.Doakan kebahagiaan kami ye.
Tahun ni gak ayah kepada seorang kawan baik telah pergi selama-lamanya.Saya tahu die memang seorang yang tabah, sekalipon memang banyak dugaan untuk die tahun ni.Tapi berat lagi mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Semoga kita akan sentiasa diberi semangat dan ketabahan untuk terus menghadapi kehidupan ini.
Tahun ni gak, saya, syau, tirek pertama kali kene m**** ****a..kat Kota..hahahaha..saje tak nak bgtau, karang korang semua gelak.Mana rock kalau tirek, ann and syau buat bende2 gitu..heheh...tapi alhamdulillah..semua yang terjadi ade sebabnya dan harapnya kami semua akan terus diberkati dan dilindungi serta dimurahkan rezeki.
Tahun ni gak, saya sedikit sebanyak 'kehilangan' member-member yang baik.Bukannya hilang ape.Cuma hilang kemesraan gitu.Yelah..susah and payah bila dah bermasalah dengan member-member ni.Walaupon bukan kita yang kene, tempiasnya pasti terasa.Tapi kawan tetap kawan, cume terasa something yang tak sedap sikit..huh..kesal sangat tapi nak buat camne kan..
Tahun ni gak kakak saya kene sakit yang amatlah merisaukan saya.Sebab kalau die sakit, possibility untuk saya kene sakit pon tinggi jugak.Tapi alhamdulillah, sakit die tu dah tak ade, and sekarang tenagh pregnant anak ke-3.Syukur.Cume kelmarin die mengadu die sakit tangan lak.Sakit orang mengandung kot..harap-harapnya lah.
Tahun ni gak saya tukar no telepon.Dari maxis ke celcom, dari postpaid ke prepaid.Huh..susah sangat nak biasakan diri dengan prepaid ni.Sebab dah terbiasa kalau nak berborak dgn mak, terus call aje.Tak kisah berapa lama, siang ke malam.Bile pakai prepaid ni payah le sikit.Bile tepon rumah selalu nak cepat letak tepon sebab takut kredit habis.Kesian kat mak yang sentiasa ade banyak cerita untuk saya.Heheh!
Raya tahun ni ade perkara best sikit.Shah datang rumah.Saya bagi direction yang paling mudah dan paling cepat untuk sampai ke kampung ku yang terchenta ini.Resultnya..orang tua saya kata ok..hehehe..
Tahun ni member MRU and Jemil semuanya dah Viva.Dorang konvo bulan 4 tahun depan.Syed dah konvo bulan 8 hari tu.Tahniah korang.Doakan kami-kami yang tak habis ni semoga boleh habis.
Tahun ni gak, saya pertama kali apply keje selepas buat master ni, dan pertama kali gak dioffer keje.Walaupon sekadar part time, tapi cukupla memberi kelegaan.Rezeki adik-adik.
HUh..paling penting tahun ni..kami berpindah dari rumah mulia yang dah 6 tahun kami duduki, ke rumah besar di Pulai Utama.Segala kenangan manis dan pahit dibawa bersama.Apelagi yang tinggal untuk dikenang.Tak bole lalu kawasn rumah tu, karang syahdu.
Ade banyak lagi bende-bende yang berlaku..cume ini je la yang dpat dicoretkan.Lain-lain hal ade menyedihkan dan ade yang menggembirakan, banyak kene simpan dalam hati.Kene simpan sikit untuk diri sendiri kan..
Akhir kata, semoga tahun baru masihi ni akan memberi lebih banyak kebaikan kepada saya, keluarga dan kawan-kawan.Semoga kami semua diberi ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang.Semoga kami akan lebih menginsafi diri menjadi insan yang diberkati dan semoga kami akan sentiasa direstui, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan..Amin.
duralie at 4:50 p.m.
|