Saturday, Aug. 21, 2004
Hmmm..
Ape nak cerita hari ni ye.Pagi tadi ke lab tapi server down.Tak sampai sejam di lab, balik rumah semula.Sambung membaca majalah Women's weekly yg dibeli kelmarin.Syau tengok cd and bermain-main dengan Beng. Beng adalah anak kucing Piang, tapi sebab Piang balik Ghanu, Syau kene jaga. baik betul die.Dah jadi macam mak orang, kene bagi kucing minum susu n bagi makan.Saya lak hanya berani mengacah anak kucing tu dari jauh.Kalau dekat habis la saya yang menjerit ketakutan.Hehe.
Lepas lunch lak buat aktiviti laundry dan kemas rumah mane yg patut dan mana yg larat.Bila habis buat laundry, jadi tukang jahit pulak sambil tengok olimpik.Hebat2 pelari 100m tu.tercarik-carik gak mane le si Nazmizam tu.Rupanya die masuk 200m.Entah le kenapa die tak masuk 100m.Biar fokus lebih kot.
Saya berdua saja dengan Syau ni.Naza balik Bahau.Tirek balik Kelantan.Azana balik Kedah.Semalam jumpe Kak La di GoodHope.Ingatkan terlepas Malaysian Idol tapi nasib baik dpaat tengok gak.Lepas habis MI baru le kami kuat makan.Cadangnya nak menjamu selera di Rawa, tapi dah tutup le pulak.dah kol 11 lebih dah mase tu.Wajarle tutup.So kami pegi la pulak ke SInggah Selalu.Order Kacang pol yg sedap.Hehe.Try la.
Ape lagi nak cite.Hmm..sekarang ni kat CC.Orang Cayanunalip ni kalau bercakap memang suke kuat-kuat.Sakit telinga ni.Mentang2la saya ni tak paham ape yg dorang cakap..Sakitnya telinga.Tolong!!
Oklah.Chow chin chau..
Rase cam nak dengar lagu ni
Lagu Untukmu
Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan pada mu
Walau tiada indah
Syair lagu yang ku gubah
Kuingatkan kepada mu
Akan janji mu pada ku
Hanyalah satu pinta ku
Janganlah kau lupakan janji ku
Walau apa yang terjadi
Tabahkan hati mu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis nan berbisa
Bertahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaan ku
Cinta ku hanya pada mu
-Broery Marantika-
duralie at 9:56 p.m.
|