Monday, Jun. 14, 2004
Jalan-jalan carik rumah..
Banyak aktiviti yang dibuat pada hujung minggu lalu.Tengahari Sabtu makan tengahari di rumah Zura (member lama di MRSM) bersama dengan si Tuty yg ambik exam CFP di sini.Dia masak nasi ayam.Sedap.Anak dia masa kami dtg baru je tido dan terus je tido walaupon kami berborak sakan.
Petang pula waktu dihabiskan dengan jalan-jalan cari rumah.Target kami adalah rumah baru yg lagi cantik, besar dan murah..(boleh dapat ke??)..Samada di Mutiara ataupon Pulai.Nampaknya jodoh kami dengan rumah di Taman Pulai.Double-storey, luas, cantik sikit, tapi ada satu kengerian..betul-betul berhadapan dgn rumah Dr Si Tirek.Hehehehe..nak buat camne kan..
Malam tadi berjaga menonton perlawanan bola England lawan Perancis.Dah agak Perancis akan menang.Saya tak sokong mana-mana so takle frust ke ape ke.Cuma seronok tgk cara dorang main..Malam ni berjaga lagi..tgk Italy lawan Denmark.Ish..Kalau Italy kalah camne ha??..
duralie at 4:08 p.m.
|