Monday, May. 31, 2004

My best friend wedding

Manusia memang hanya merancang..tuhan yang menentukan segalanya.Cam suspen je ayat depan ni.Bukannya ape.Ni semua pasal plan saya dan tirek yg hendak bertolak ke rumah ilah seawal petang jumaat lagi.Tapi disebabkan ada masalah-masalah sampingan yang remah, tak remeh dan kurang remeh, kami bertolak pula hari sabtu.Bercadang lagi nak bertolak sesudah subuh.Heheh.Tapi end up kol 12.30 tghari baru lepas ambik tiket tol skudai.Berhenti melepaskan penat lelah di Pagoh.Berborak panjang dengan tirek.Lepas meneruskan perjalanan ke melaka dan sampai di Tehel dalam kol 2 lebih sebab kami sesat.Tak jumpa simpang ke Ozana.She supposed to write 'Ke Merlimau or Muar' instead of Ozana.Tak pelah.Selepas bertanya jalan pada pakcik yg keje di Petronas, sampai le kami ke rumah ilah.Sebelum ni die bawak kami ikut jalan lain.Tapi kali ni saja ikut jalan lain.Nak tgk camne kan.Sesat gak rupanya.

Majlis pernikahan ilah pada malam itu.Kami sempat mengambil Sunet di Melaka Central sebab Syudz tak dapat nak jemput die sebelum ilah nikah.Dengan sekali lafaz je ilah sah menjadi isteri kepada ziad.Semoga bahagia sampai akhir hayat ye.Malam tu jugak dorang bersanding pakai baju songket.Majlis habis dekat kol 12.Lepas tu upacara karaoke pulak bersama pengantin.Kami tak mau join setakat tgk aje boleh la..hehehe..

Pagi esoknya ada upacara berkhatam quran.Lepas tu sesi bergambar pengantin perempuan dengan baju balkis, baju puteri perak dan baju korea.Ilah memang cantik.Cam Azizah Ariffin TV3 tu.Lepas tu bersanding rasmi dngan ziad pakai gaun putih siap lalu bawah pedang lagi sebab ziad budak palapes.Memang grand.

Tak sempat nak duduk lama rumah ilah, kami bertolak ke Tangga Batu pula.Perkahwinan Isabela dan Judin.3 kereta sekali pegi.Saya dan tirek, Syau, sunet, tokwan naik kete piang, dan ilah polimer and ajan naik kete ilah.Payah gak nak carik rumah die sebab peta yang dorang bagi sungguh simple.Tapi at last sampai jugak la kitorang ke rumah bella.

bella memang cantik.Baju die pon cantik.Sempat bergambar denga dia dan die pon dpaat layan kitorang sebab tak ramai tetamu yg dtg.Dah kol 3 lebih time tu.Lepas balik dr rumah bella, kami makan ABC di pantai klebang.Hirup sikit angin pantai melaka ti yg tak berapa handal dan lepas tu terus balik ke JB.

Sampai JB around kol 9.30.Penat.Lepak-lepak, mandi manda dan terus tido.Hari ni pon penat lagi tapi pg gak ke lab.Ada keje kene buat.Ada masa kang saya letak gambo kawin dorang.Bye.

duralie at 1:36 p.m.

previous | next

|