Thursday, May. 20, 2004

Suara itu yang kurindu...

Attent presentation conducted by Pak Tutuk.He is the first student from our group had submitted his thesis.Jealous.I've got a year to complete this 'mission' and really hope to finish it on time, just like him.His presentation is something about his experimental works and his findings.Several questions has been ask just to figure out the further explanation on how, why, what and so on.Hmm..terasa diri ni jadi bodoh la pulak sebab banyak benda yang tak tau lagi.So i come to conclude that there are so many things i have to prepare, i have to know and i have to remember..huh...

.......

Melarikan diri dari lab awal semalam.Terasa mengantuk yang teramat sangat.Perlukan suasana dan tempat tidur yang selesa.Heheh..Tapi dikejutkan dengan deringan telefon yang amatlah mengganggu keadaan tidur ku.Malas nak angkat deringan yang pertama dan kedua.Tiba-tiba terasa macam orang di sana yang call.Ala..menjerit saja di dalam hati..call la lagi..dan akhirnya kedengaran suara yang sentiasa saya nanti-nantikan..Oh my dear...Seronoknya.Tapi dapat bercakap cuma 9 minit aje.9 minit untuk sebulan.Cukup ke??..Kira oklah tu.Kami bukannya tak bercakap sebab kesibukan masing-masing ataupun kes telefon masuk air.Bukan.Ini kes tak ada coverage di tengah laut tu.Kalau setakat Laut China Selatan ataupon Selat Melaka ok lagi, ni di tengah-tengah Lautan Atlantik..semoga dia selamat pergi dan balik..

"...Dikala ku kerinduan
dihembus angin yg pilu
kutatapi wajah dirimu
dikala ku kesorangan
dihanyut asmara cinta
kau membelai jiwaku ini.."

* mendayunya suara minah Misha ni!!

duralie at 2:40 p.m.

previous | next

|