Monday, May. 17, 2004

Begitu begini..

Sebelum apa-apa hal..SELAMAT HARI GURU Se-Malaysia..untuk member-member yang pertama kali bergelar guru seperti Uyun, Mak Ita, Wan Apizah..Hmm..sape lagi ye..ramai gak member-member yang jadi cikgu ni..oo..my sister pon cikgu jugak.Terlupa lak.Untuk cik kieli jugak..

Kerja untuk hari ni dah siap.Cuma kene buat keje yang biasa, kene carik patent.Baju untuk dipakai ke majlis Ilah Ajit sudah di hantar ke tailor rasmi kami, Marris.Dia janji nak siapkan baju tu cepat.Elok la tu.Tailor ni jahitan dia memang kemas.Tapi kene describe betul-betul kita nak yang macammana but dare to pay more la..Saya kalau baju kebaya ataupun fesyen yang pelik-pelik memang hantar ke situ tapi kalau setakat baju kurung biasa aje, dah ada tailor rasmi keluarga kami di kampung, iaitu adik ipar kakak sulung ku itu.

Weekend tadi kawan kepada Syau, Farah datang berkunjung.Sebelum Syau mengambil Farah kami ke Kamdar di Angsana (Kamdar lagik??)..Si Tirek n syau mencari kain untuk dibeli (takkan dijual lak).Dan mereka berdua berjaya menghabiskan duit membeli rantai leher style etnik, syau punya jenis yang berkayu dan tirek pulak pilih rantai manik (betul kot) warna putih krim..Memang cantik.Nanti-nantilah kalau saya nak beli kot sebab masa ni tak de nafsu lagi nak membeli dan memakai.Balik dari angsana, terus saja saya membuat puding caramel.Dah lama berjanji nak buat, tapi sentiasa ada aral melintang.So bila free ni terus buat lah sebab da orang kat rumah tu yang mengidam..tapi tak pregnant pon!!..si Farah kawan Syau tu membawa kek coklat yang memang best nyum nyum..Tq ye Farah.Susah-susah je bawak kek tu. Bila malam menjelma, kami makan-makan di Restoran Damai.Memang cantik.Tapi rasa makanan dia kurang sikit la.Mungkin kalau style nasi goreng sedap kot.Tapi boleh tahan la.Boleh la pegi kalau sape-sape nak try.

HMm..mana lagi best..Troy ke Van Helsing?..ke nak tunggu Pontianak?..

duralie at 2:32 p.m.

previous | next

|