Thursday, May. 13, 2004

Cerita hari ini...

Lunch seorang diri di rumah tadi.Tapau makanan di Seri Menanti.dah siap bungkus baru le muncul manusia Tokwan dan Ilham.Kalau tak boleh le jugak duduk semeja.Tak pelah.Lain kali je.Syau berpuasa agaknya.Kalau dia tak terlupa.SI Tirek buat exp.Sure dah pg makan dulu kot.Tak kisah la.Memang nak balik rumah pon tghari tadi sebab terus nak semayang.Bilik mesyuarat kat lab ni boss gune masa lunch.Malas nak kacau.

Meeting tadi ok.Biasalah.Tiap kali meeting dapat komen bende yang sama dr boss tapi yang bestnya teman-teman seperjuangan di sini memang best.Dalam dorang sedar atau tidak banyak bende yang dorang cover masa saya buat presentation tadi.Thanks buddies!!Ni ade tugasan yang perlu saya buat for the next coming two weeks.Nak kene tunjuk dekat dia petang ni pon ade.Hehe.Kalau ada yang dipublish untuk org ramai boleh la bagi die, kalu tak tunggu next week la ye DR.Hehe..

Malam tadi seperti biasa mendapat call dari makcik Shida.Kesian dia sedang keboringan di tengah-tengah kesibukan kerja.Saya masih lagi bersyukur sebab masih mempunyai teman-teman di sekeliling.Walau boyfriend jauh, tapi member-member tetap ada.Walaupun juga masing-masing sekarang ni sedang sibuk dengan kerja msing-masing, bila balik rumah, still ada member untuk berbual, buat lawak dan ade member untuk buat kita ketawa.Kiranya tak kesunyian lah kan..Tapi tak selamanya kita sentiasa dikelilingi dgn member.Sampai satu masa masing-masing akan bawa haluan sendiri..Dan satu fakta yang rasanya memang betul, makin meningkat usia, makin sunyi rasanya..AARRGGHH..terasa diri ni dah tua!!!

Banyak betul dapat kad jemputan kawin semenjak dua menjak ni.Kebanyakannya pada tarikh yang sama, kalau tak 29/5, 30/5.Kepada yang bakal menjadi raja sehari time tu, selamat pengantin baru.Rasanya saya akan memenuhi jemputan ke Melaka.Tak dapat nak ke utara.Diri ni tak dapat nak dibahagi dua.HEhe.Maaf ye..

Petang ni bercadang untuk ke Ibnu SIna.Nak booking untuk TPR dan XRD untuk next week.Harap-harap ada la yang kosong.Dah penat 'buang' masa dah.Hmm..rasanya malam ni konfirm Jasmine (American Idol 3) tu akan dibuang (mase ni tak cek lagi web AM3.Semakin lama semakin tak best performance dia.Two thimbs up untuk Latoya and Fantasia.Diana can biasa je.Kalau la dorang tak buang Jasmine memang la American pon tgk rupa jugak.Hehe..Kesimpulannya..Fitrah manusia ni sama je.suka tgk yang menarik dan cantik, tak gitu??..

duralie at 2:06 p.m.

previous | next

|